Thursday, July 15, 2010
Memartabatkan Kampung Glam
Kampung Glam adalah jantung peradaban dan asal pertempatan Islam Singapura. Di situlah bermula kehadiran perantaurumpun Melayu dari sejauh Bugis, Jawa, Bawean, Sumatera, India Muslim dan Arab. Dahulu, Kampung Glam merupakan sebuah pusat jemaah haji seNusantara. Masjid pertama di Kampung Glam ialah Masjid Sultan yang dibina pada 1826. Kampung Glam merupakan hab ilmu yang ditandai dua madrasah terkenal, dua sekolah Melayu dan ada firman-firman percetakan dan penerbit buku Melayu dan Arab. Ia pun ada banyak tempat membeli-belah. Ada banyak restoran di deretan kedai. Suasana gerai makanan dengan pelbagai sajian etnik Melayu, dijual dengan harga yang berpatutan, adalah paling menyronokan. Oleh itu, wajar sejarah Kampung Glam dibuku dan didokumentarikanoleh Taman Warisan Melayu dan Islam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment