Monday, July 19, 2010

Budaya

Adakah budaya penting? Ya, budaya adalah penting. Budaya menggalakan ciri-ciri yang baik sebagai orang Melayu,mengeratkan silatulrahim,memberikan identi kita dan melambungkan bangsa Melayu. Saya memininati budaya kerana ia mengurangkan stres, unik, menarik, bervariasi, indah, ada nilai-nilai murni, jati diri dan sesuai untuk semua. Budaya pun ada silat, misik, makanan, pakaian, tarian, puisi dan bahasa. Tanpa budaya, generasi Melayu masa depan akan melupakan diri. Sebagai orang Melayu, kita patut berbangga dan mempertahankan budaya kita sendiri

Thursday, July 15, 2010

Memartabatkan Kampung Glam

Kampung Glam adalah jantung peradaban dan asal pertempatan Islam Singapura. Di situlah bermula kehadiran perantaurumpun Melayu dari sejauh Bugis, Jawa, Bawean, Sumatera, India Muslim dan Arab. Dahulu, Kampung Glam merupakan sebuah pusat jemaah haji seNusantara. Masjid pertama di Kampung Glam ialah Masjid Sultan yang dibina pada 1826. Kampung Glam merupakan hab ilmu yang ditandai dua madrasah terkenal, dua sekolah Melayu dan ada firman-firman percetakan dan penerbit buku Melayu dan Arab. Ia pun ada banyak tempat membeli-belah. Ada banyak restoran di deretan kedai. Suasana gerai makanan dengan pelbagai sajian etnik Melayu, dijual dengan harga yang berpatutan, adalah paling menyronokan. Oleh itu, wajar sejarah Kampung Glam dibuku dan didokumentarikanoleh Taman Warisan Melayu dan Islam.

Wednesday, July 14, 2010

Silat

Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantra yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Usia sesebuah ilmu atau salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat kerana tiada usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam. Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke genarasi, silat telah dipilih pada 1948 sebagai suatu istilah kesatuan untuk seni pertahan diri mereka. Ia adalah suatu kata majmuk dari dua istilah yang umumnya digunakan untuk seni pertahan diri. Dalam kegunaan moden, pencak dan silat dilihat sebagai dua aspek pada amalan yang sama. Pencak adalah aspek persembahan pada seni pertahan diri, sedangkan silat adalah inti perkelahian dan seni pertahan diri.